SEJARAH RINGKASJABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA adalah sebuah Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pentadbiran Jabatan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria iaitu sebagai Ketua Jabatan berstatus penuh.
Pada mulanya, Jabatan ini ditubuhkan pada awal tahun 1930'an di Kuala Belait. Manakala Pekan Seria dimasukkan dibawah Kawalan Bandaran pada tahun 1936. Jabatan ini mempunyai Bangunan utamanya yang sendiri yang terletak di Jalan McKerron, Kuala Belait. Ianya mempunyai 10 buah bahagian. Pada 01 Januari 1984, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah dimasukkan menjadi salah satu jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. |